SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK SENTOSA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM , 26500 MARAN,PAHANG

Friday, March 6, 2009

Logo Sekolah

INFO LOGO SEKOLAH
Bentuk Perisai
Bentuk perisai bermaksud sekolah sebagai asas gedung ilmu yang berupaya memberikan ilmu kepada individu yang memerlukannya.
Lima Kelopak
Lima kelopak bermaksub rukun islam lima yang menjadi asas dan pegangan setiap pelajarnya. Ia juga melambangkan bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia.
Buku
Buku melambangkan keunggulan SK Sentosa sebagai sebuah institusi pendidikan yang menyanjung dan menjana ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.
Bulatan
Bulatan pula bermaksub SK Sentosa tidak hanya mementingkan bidang akademik sahaja malah turut memberikan penekanan pencapaian dalam bidang sukan kepada pelajarnya. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cergas dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal.
Konsep Warna
Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi pengajaran ilmu. Ia melambangkan keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.
Warna hijau melambangkan sekolah ini dibangunkan dalam persekitaran penduduk yang menjadikan pertanian sebagai asas ekonomi untuk menyara kehidupan.