SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK SENTOSA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM , 26500 MARAN,PAHANG

Monday, August 9, 2010

PROGRAM "BOOK REVIEW" MURID-MURID TAHUN 5



Program "Book Review" murid-murid tahun 5 telah diadakan pada 09 Ogos 2010. Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca bahan bacaan berbahasa inggeris dikalangan murid-murid SK Sentosa. Program tersebut bermula dengan murid di kehendaki membaca bahan bacaan berbahasa inggeris yang telah disediakan, kemudian murid tersebut akan diadili oleh ibubapa masing-masing dengan bimbingan guru-guru.

Sunday, July 4, 2010

HARI KELUARGA SK SENTOSA 2010



Hari keluarga SK Sentosa 2010 telah dijalankan di Sempurna Resort, Kuantan pada 03 & 04 Julai 2010. Program tersebut mendapatkan sambutan meriah daripada semua warga SK Sentosa yang hadir dengan pelbagai acara yang telah dirancang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dikalangan warga SK Sentosa termasuklah ahli keluarga masing-masing. Diharapkan acara seperti ini diadakan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang...

Friday, July 2, 2010

PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA & GURU-GURU MURID TAHUN 6

Program perjumpaan ibubapa dengan guru-guru murid tahun 6 telah diadakan pada 02 Julai 2010 di makmal komputer SK Sentosa. Program tersebut bertujuan untuk memberi taklimat kepada ibubapa murid-murid tahun 6 mengenai prestasi anak-anak mereka sebelum menduduki ujian UPSR pada tahun ini. Melalui taklimat tersebut ibubapa diingatkan agar sama-sama bekerjasama dengan guru-guru bagi membolehkan murid-murid yang menduduki UPSR pada tahun ini mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

Friday, May 21, 2010

Bengkel Motivasi Matematik

Pada 21 Mei 2010 panitia matematik SK Sentosa telah mengadakan bengkel menjawab soalan matematik UPSR untuk murid-murid tahun 6. Seramai 40 orang murid telah menghadiri bengkel tersebut termasuklah 5 orang daripada SK Pesagi. Penceramahan bengkel tersebut ialah Encik Shahril daripada SK Serengkam. Beliau merupakan guru cemerlang matematik dan telah mendapatkan anugerah sempena sambutan hari guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang baru-baru ni. Melalui bengkel tersebut murid-murid telah didedahkan tentang cara-cara menjawab soalan dengan betul. Bengkel tersebut mendapatkan sambutan yang baik daripada murid-murid yang hadir.

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 mei 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan program tersebut. Antaranya senamtari yang dikelolakan oleh Pembantu Tadbir sekolah, sukeneka murid dengan guru serta nyanyian lagu guru Malaysia dan guru pembina negara. Aktiviti yang mendapatkan sambutan hangat ialah persembahan guru-guru SK Sentosa.

Wednesday, February 3, 2010

Salam Perkenalan dan Salam 1Malaysia

Sekolah SK Sentosa telah menganjurkan beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan PIBG.

Diantara aktiviti yang telah diadakan sehingga kini ialah:-

- Unit HEM , Watikah perlantikan pengawas dan Pusat Sumber Sekolah

- Ceramah oleh Pihak Polis

- Minggu antidadah dianjurkan oleh PpDa Sekolah, pameran dan ceramah bahaya rokok.

Segala program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada yang terlibat.