SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK SENTOSA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM , 26500 MARAN,PAHANG

Wednesday, June 3, 2009

Galeri Gambar


Pemimpin dan Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sentosa yang telah Menyertai Jambori Pengakap 100 Tahun Sabah Di Sandakan pada 11-16hb Ogos 2013

 Pn Yusraini
 En Mohd
 En Zahir
 Pn Noorle
 Bergambar Sebelum Bertolak Ke Sandakan ,Sabah
 Aisar
 Aimuni
 Adam
 Aisyah
 Athirah
 Atirah
 Haziq
 Hilmi
 Ibnu
 Idayu
 Imad
 Intan
 Ishak
 Iskandar
 Izzat
 Sajidah
 Mustaqim
 Nadila
 Nasrul
Shuhada









Kenali Program Bacaan Senyap

OBJEKTIF
Membudayakan sikap membaca dikalangan murid.
Meningkatkan ilmu pengetahuan murid dan mengaplikasikannya di dalam aktiviti pembelajaran.
Membentuk keyakinan pelajar.




LATAR BELAKANG

Program perhimpunan senyap ini telah mula dijalankan sepenuhnya pada tahun 2007. Perhimpunan senyap tersebut dijalankan pada hari selasa untuk bacaan Bahasa Inggeris dan pada hari rabu untuk Bahasa Melayu. Bacaan dijalankan selama 15 minit bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 7.45 pagi. Pada perhimpunan tersebut semua murid dan guru membaca bahan bacaan secara senyap sambil berdiri.


Bermula pada tahun 2008, program ini telah diubahsuai. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Seorang guru ditugaskan untuk memantau rekod rekod bacaan murid. Murid membaca dan merekodkan bacaan mereka ke dalam buku Nilam. Murid lebih selesa membaca sambil duduk dalam kumpulan yang kecil. Guru dapat mengenalpasti murid yang bermasalah dan seterusnya membimbing murid berkenaan.


Dalam tahun 2009, program ini terus menerima pelbagai perubahan. Di samping murid membaca, merekod dan memahami apa yang di baca, para guru yang dilantik sebagai fasilitator akan membimbing mereka membaca dan memahami bahan bacaan dengan lebih berkesan lagi.

Atas semangat kekitaan dan keprihatinan serta kerja berpasukan, Guru Besar sendiri telah melibatkan diri secara langsung dalam program ini dengan membeli alas tempat duduk murid dan seterusnya memberikan nafas baru dan memberikan suatu identiti baru pada Program Bacaan Senyap ini iaitu JOM BACA.