SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK SENTOSA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM , 26500 MARAN,PAHANG

Wednesday, June 3, 2009

Galeri Gambar


Pemimpin dan Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sentosa yang telah Menyertai Jambori Pengakap 100 Tahun Sabah Di Sandakan pada 11-16hb Ogos 2013

 Pn Yusraini
 En Mohd
 En Zahir
 Pn Noorle
 Bergambar Sebelum Bertolak Ke Sandakan ,Sabah
 Aisar
 Aimuni
 Adam
 Aisyah
 Athirah
 Atirah
 Haziq
 Hilmi
 Ibnu
 Idayu
 Imad
 Intan
 Ishak
 Iskandar
 Izzat
 Sajidah
 Mustaqim
 Nadila
 Nasrul
Shuhada









Kenali Program Bacaan Senyap

OBJEKTIF
Membudayakan sikap membaca dikalangan murid.
Meningkatkan ilmu pengetahuan murid dan mengaplikasikannya di dalam aktiviti pembelajaran.
Membentuk keyakinan pelajar.




LATAR BELAKANG

Program perhimpunan senyap ini telah mula dijalankan sepenuhnya pada tahun 2007. Perhimpunan senyap tersebut dijalankan pada hari selasa untuk bacaan Bahasa Inggeris dan pada hari rabu untuk Bahasa Melayu. Bacaan dijalankan selama 15 minit bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 7.45 pagi. Pada perhimpunan tersebut semua murid dan guru membaca bahan bacaan secara senyap sambil berdiri.


Bermula pada tahun 2008, program ini telah diubahsuai. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Seorang guru ditugaskan untuk memantau rekod rekod bacaan murid. Murid membaca dan merekodkan bacaan mereka ke dalam buku Nilam. Murid lebih selesa membaca sambil duduk dalam kumpulan yang kecil. Guru dapat mengenalpasti murid yang bermasalah dan seterusnya membimbing murid berkenaan.


Dalam tahun 2009, program ini terus menerima pelbagai perubahan. Di samping murid membaca, merekod dan memahami apa yang di baca, para guru yang dilantik sebagai fasilitator akan membimbing mereka membaca dan memahami bahan bacaan dengan lebih berkesan lagi.

Atas semangat kekitaan dan keprihatinan serta kerja berpasukan, Guru Besar sendiri telah melibatkan diri secara langsung dalam program ini dengan membeli alas tempat duduk murid dan seterusnya memberikan nafas baru dan memberikan suatu identiti baru pada Program Bacaan Senyap ini iaitu JOM BACA.







Friday, March 6, 2009

Lagu Sekolah

LIRIK LAGU SK SENTOSA
Sekolah Kebanggaan Kami
SK Sentosa Nama Diberi
Melahirkan Pertiwi
Berjiwa Murni
Membentuk Warisan Generasi
Guru, Mulianya Tugasmu
Mendidik Tanpa Rasa Jemu
Wawasan Dan Kualiti
Teras Untuk Maju
Berkhidmat Semangat Yang Jitu
SK Sentosa Terus Maju Jaya
Sk Sentosa Teguh Di Persada
Berbakti Dan Berilmu
Sehati Dijiwa
Maju SK Sentosa
Maju SK Sentosa

Bendera Sekolah


Info Bendera Sekolah
Bendera SK Sentosa berlatarkan warna hijau. Pemilihan warna hijau sebagai melambangkan islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Ia menjadi lambang kepada kekukuhan ikatan silaturahim setiap insani serta kekuatan dalam melaksanakan tugas dan perhambaan diri kepada Allah.
Lencana sekolah yang berada di tengah-tengah bendera itu adalah melambangkan Sekolah Kebangsaan Sentosa mampu bersaing bersama-sama sekolah lain dalam menuju kejayaan.

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, lengkap dan sempurna kepada pelajar.
  2. Berusaha sedaya upaya bagi membolehkan para pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang mereka duduki.
  3. Berusaha sedaya upaya melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, beramal soleh, beriman dan bertakwa.
  4. Berusaha menyediakan peluang bagi pelajar mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam bidang kokurikulum.
  5. Memastikan suasana dan persekitaran sekolah dalam keadaan selesa, bersih, indah dan kondusif.
  6. Memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan dihayati sepenuhnya.

Logo Sekolah

INFO LOGO SEKOLAH
Bentuk Perisai
Bentuk perisai bermaksud sekolah sebagai asas gedung ilmu yang berupaya memberikan ilmu kepada individu yang memerlukannya.
Lima Kelopak
Lima kelopak bermaksub rukun islam lima yang menjadi asas dan pegangan setiap pelajarnya. Ia juga melambangkan bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia.
Buku
Buku melambangkan keunggulan SK Sentosa sebagai sebuah institusi pendidikan yang menyanjung dan menjana ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.
Bulatan
Bulatan pula bermaksub SK Sentosa tidak hanya mementingkan bidang akademik sahaja malah turut memberikan penekanan pencapaian dalam bidang sukan kepada pelajarnya. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cergas dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal.
Konsep Warna
Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi pengajaran ilmu. Ia melambangkan keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.
Warna hijau melambangkan sekolah ini dibangunkan dalam persekitaran penduduk yang menjadikan pertanian sebagai asas ekonomi untuk menyara kehidupan.

Lokasi Sekolah

LOKASI SEKOLAH


Nota: Kg. Sentosa terletak kira-kira 9 km dari Bandar Maran

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA                                                                                                       

Latar Belakang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sentosa atau nama ringkasnya SK Sentosa, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Maran-Temerloh,Kampung Sentosa. Kampung Sentosa adalah sebuah kampung yang terletak kira-kira 10km dari Bandar Maran. Kampung ini merupakan penempatan semula mangsa –mangsa banjir pada tahun 1971. Perpindahan penduduk bermula pada awal tahun 1975 sacara berperingkat. Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada penduduk-penduduk dari kampung Pejing,Bukit Cempedak, Lompat, Sungai Ling, Pesagi dan Paya Pasir.Ketika itu Kampung Sentosa dikenali dengan nama Kampung Batu 55.
Pada peringkat awal, anak-anak Kampung Sentosa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maran. Pada akhir tahun 1978 , sebuah sekolah yang terdiri daripada satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah telah didirikan oleh kerajaan. Sekolah ini dinamakan dengan nama Sekolah Kebangsaan Batu 55.
Pada 7.11.1980, sekolah ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Dato Hj. Murad bin Mohd Noor iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Berikutan dengan itu, Sekolah ini ditukar nama Kepada Sekolah Kebangsaan Sentosa.
Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Encik Ismail bin Baki. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1980 hingga 1984. Terdapat 5 orang guru dan 90 orang murid ketika itu. Surau sekolah ini pula dipindahkan dari Simpang Jengka ke Sekolah ini pada tahun 1994. Pada akhir tahun 1998, sebuah bangunan tambahan telah dibina dengan mengandungi 2 bilik darjah. Pada tahun 2000, bangunan sekolah ini kekal dengan 2 bangunan utama, sebuah kantin, sebuah surau dan mempunyai 14 orang guru termasuk Guru Besar, seorang pembantu
tadbir, 2 orang pekerja rendah am dan 233 orang murid.
Kini, terdapat tiga bangunan sekolah, satu makmal komputer, satu bangunan kantin, dan sebuah surau. Sekolah Kebangsaan Sentosa diterajui oleh seorang Guru Besar yang berpengalaman iaitu Puan Yusraini binti Abdul Muluk. Beliau baru 2 bulan ditukarkan ke sekolah tersebut kerana pihak Pejabat Pendidikan Maran dan Jabatan Pendidikan Negeri mempercayai kebolehan beliau meneraju sebuah sekolah yang baik di daerah Maran.
Pentadbiran SK Sentosa dibantu oleh 18 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 2 orang pengawal keselamatan. Guru-guru merupakan pendidik yang berpengalaman serta berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Terdapat 9 orang guru yang memiliki ijazah sarjana muda, 3 orang yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda  dan selebihnya mempunyai diploma pendidikan. Terdapat juga beberapa orang guru yang menjadi jurulatih negeri Pahang bagi matapelajaran tertentu.
Murid-murid SK Sentosa berjumlah 135 orang daripada pra-sekolah hingga tahun 6 dan merupakan anak-anak penduduk setempat. Terdapat juga beberapa orang murid daripada luar kawasan seperti Kuala Lumpur yang bersekolah di sini kerana tinggal bersama datuk atau nenek mereka.
SK Sentosa merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang dalam pencapaian akademik di daerah Maran dan telah menerima Anugerah Tawaran Baru (New Deal) kepada Guru Besar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan tiga tahun berturut-turut iaitu 2010, 2011 dan 2012. Kecemerlangan SK Sentosa diserlahkan lagi dengan pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7, Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan satu-satunya sekolah Kluster di daerah Maran. 

HUBUNGI KAMI

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
KOD SEKOLAH: CBA9142
NO. TEL: 09-4772197
NO. FAX: 09-4772197

HEM

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID



KOKURIKULUM

JAWATANKUASA KOKURIKULUM







KURIKULUM

   JAWATANKUASA KURIKULUM