Pemimpin dan Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sentosa yang telah Menyertai Jambori Pengakap 100 Tahun Sabah Di Sandakan pada 11-16hb Ogos 2013
Wednesday, June 3, 2009
Galeri Gambar
Pemimpin dan Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sentosa yang telah Menyertai Jambori Pengakap 100 Tahun Sabah Di Sandakan pada 11-16hb Ogos 2013
Kenali Program Bacaan Senyap
Meningkatkan ilmu pengetahuan murid dan mengaplikasikannya di dalam aktiviti pembelajaran.
LATAR BELAKANG
Program perhimpunan senyap ini telah mula dijalankan sepenuhnya pada tahun 2007. Perhimpunan senyap tersebut dijalankan pada hari selasa untuk bacaan Bahasa Inggeris dan pada hari rabu untuk Bahasa Melayu. Bacaan dijalankan selama 15 minit bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 7.45 pagi. Pada perhimpunan tersebut semua murid dan guru membaca bahan bacaan secara senyap sambil berdiri.

Bermula pada tahun 2008, program ini telah diubahsuai. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Seorang guru ditugaskan untuk memantau rekod rekod bacaan murid. Murid membaca dan merekodkan bacaan mereka ke dalam buku Nilam. Murid lebih selesa membaca sambil duduk dalam kumpulan yang kecil. Guru dapat mengenalpasti murid yang bermasalah dan seterusnya membimbing murid berkenaan.

Dalam tahun 2009, program ini terus menerima pelbagai perubahan. Di samping murid membaca, merekod dan memahami apa yang di baca, para guru yang dilantik sebagai fasilitator akan membimbing mereka membaca dan memahami bahan bacaan dengan lebih berkesan lagi.

Friday, March 6, 2009
Lagu Sekolah
Bendera Sekolah
Piagam Pelanggan
- Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, lengkap dan sempurna kepada pelajar.
- Berusaha sedaya upaya bagi membolehkan para pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang mereka duduki.
- Berusaha sedaya upaya melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, beramal soleh, beriman dan bertakwa.
- Berusaha menyediakan peluang bagi pelajar mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam bidang kokurikulum.
- Memastikan suasana dan persekitaran sekolah dalam keadaan selesa, bersih, indah dan kondusif.
- Memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan dihayati sepenuhnya.