SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI SK SENTOSA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM , 26500 MARAN,PAHANG

Thursday, March 3, 2022

 Ayuh ! Jangan ketinggalan.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM
Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu :
👉Dalam Talian (online)
Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April.
Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.




 PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2023 / 2024


Dimaklumkan bahawa pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun satu bagi sesi persekolahan tahun 2023 / 2024 akan dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022.

Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia(SPATKPM) DI LAMAN SESAWANG https://public.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.